W H A T IS L O V E

ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW DASH

Welcome To School and Welcome 2013
Assalamualaikum my readers and stalkers. *cehh. aku memang bajet sokmo kata ada stalker. Suka hati aku lah kan nak cam tuh. Ni blog aku yang punya. So, please FOLLOW my rules.* 

Dah lama rasanya aku tak hupdate kan? *padahal masa result pmr keluar hari tu aku dah ada update. Okay shut up. My Blog, My Rules. Remember that! Hahaha* Terasa rindu pulak nak update walaupun aku bukannya ada cerita yang menarik nak share pon. Kekadang tu terasa macam nak type "Hello" aje dalam satu entry tuh. Baru lah macam selalu update. Tapi aku tahu, aku update tak update pon bukannya ada orang kesah pon. Yelah, siapa aje lah yang nak singgah blog aku ni. Tak percaya bukak "ChatBox" aku tuh. Bukannya ada pun yang said "Hey, nice entry. Harap awak dapat update lagi. Saya dah Follow awak. Nanti Follow saya balik okay?" *Okay diam. Aku pun tahu memang tak banyak sangat orang dalam dunia Blogger ni. Eh, bajet aku ada buat banci aje. Haha. Okay, abaikan kata-kata aku yang tak berfaedah tu* Tapi serious woo, yang sent chat kat "ChatBox" aku tuh semuanya tidak berfaedah dan pelik-pelik. Rasa nak gi ketuk kepala orang tu pon ada jugak. Link yang diaorang tinggalkan semua pon cam sakai. Kan aku dah cakap, My Blog My Rules :) So, kena terima. Haha.

In fact, aku pon dah malas sebenarnya nak blogwalking bagai ni. So tak hairanlah blog aku ni agak kesunyian. Takde pengunjung. Okay dah. Asalnya aku nak update natang lain, kan aku dah melalut ke lain. kau lah ni *sambil tunjjal kepala lutut* Kenapa sekarang ni aku suka sangat guna symbol "*" ni pon aku tak tahu.. *potong bawang* Pengaruh laman sosial lah katakan. Haha. Trend sekarang mungkin? Kalau tak ikot trend nanti orang akan cakap kita ni kuno pulak. K to the U to the N to the O. Memang tak patut ikut benda yang tak berfaedah macam ni kan? Hurm, jadi bagi yang "baca" ni jangan nak ikut sangatlah benda tak bagus ni :) Aku yang "tulis" ni takpe lah. Bhahaha.

Baik, Madi. Mohon berhenti mengarut -,- Aku ni kalau dah mengarut susah. Kang sampai bab berus jamban pon masuk dalam entry ni. Hah, kan aku dah "kata", tak pasal-pasal dah masuk bab berus jamban. Back to the main point. Sangatlah menyampah kan dengar atau terbaca perkataan "Selamat Kembali Ke sekolah" ni. Reaksi semua pun macam baru lepas kena serang dengan momok mata enam aje. Aku pon sama aje. Tapi taklah muka cam kena serang dengan momok mata enam. Sebabnya sepanjang cuti ni memang aku selalu sangat skype or webcame dengan "Momok" ni. Aku harap dia-dia terasa. Bhaha.

Semua budak-budak yang kecil bak aku ni, pasti sudah pun sedia maklum yang sekolah lagi dua hari aje lagi nak start. Kehidupan harian kita akan kembali menemuai kita lebih kurang 48jam+. Jadi amcam? sudahkah korang bersedia? Memang peliklah yang kata dah sedia tu kan? Mohon kita rejam dia reramai. Semua kanak-kanak ribena macam kita ni pun semuanya nak bercuti aje. Kalau boleh rasa macam nak tukar aje dari 5 hari bersekolah seminggu kepada 2 hari bersekolah dan 2 hari bercuti kepada 5 hari. Memang best lah kalau dapat macam tu. Malangnya, angan-angan hanya terus tinggal anggan.

Btw, homework korang dah siap ke belum? Aku? Aku belum. Haha. Masih mood bercuti lah katakan :D ni aku baru sibuk nak buat. Tapi time nak buat homework ni lah terasa nak update blog bagai. Masa time senggang dulu takda pon nak update hari-hari. Kahkah. Apa-apa pun aku nak ucapan selamat kembali ke sekolah semua :) *actually tu aje motif utama aku update*


Dah beli ke semua keperluan sekolah nanti? Beg, baju, kasut, pen, pensil, and etc. Kau punya barang, kau pikir lah sendiri. Takda masa aku nak tolong list kan. Bhaha. Macam pesta je kan kalau dah nak bukak sekolah ni, mesti banyak punyalah sale jual barang sekolah. Kat mana-mana kedai pon ada. Tapi tak termasuk kedai makan, bengkel dan seangkatan dengannya. Pandai-pandai lah pikir sendiri kat mana :P




Bila tengok aje kat tempat beli barang-barang sekolah ni. Rindu pulak rasa nak pakai beg ada gambar kartun, kotak pensel kartun. Haha. Pakai kasut lekat-lekat aje. Tak payah nak ikat and pasang tali kasut bagai.
wow. aku nak beg roda macam ni jugak. *hentak-hentak kaki* Ada lampu woo. Macam lah budak-budak sekolah rendah ni pergi sekolah sampai tengah malam. Buang bateri aje. tak sampai seminggu bateri dah habis. Biasalah kanak-kanak, memang teruja nak menunjuk benda macam ni. Bhaha. 

Dapat pakai kasut ni balik cam terasa kecik aje. Bhaha. Kan best, takde lah nak sesah bila nak kena masuk ke tempat yang kena bukak kasut. Ni tak, kalau pakai kasut tali nak kena bukak bagai. Lambat! Tapi yang sedihnya sekolah aku tak boleh pakai kasut takda tali. Haha.Pelikkan? Aku tahu :P

*sumber gambar di atas dari Mr.Google

Ingat lagi tak korang semua ni doa apa?
Hafal balik. Kang terlupa pulak nak baca.. Yelah, time cuti korang bukannya ada belajar pon nak baca doa ni kan? Bhaha. Selain tu, kita jugak tahu yang kita dah pun nak melangkah ke tahun baru kan? yupz. Tahun 2012 dah pun nak melabuhkan tirainya :D Tahun 2013 ni sangat bermakna bagi aku :') Tahun terakhir berada di sekolah Menengah. Aku SPM's Candidates wooo. Memanglah risau woo. Gila kalau cakap tak risau? Haha. Risau-risau aku pun bukannya nak start study pon. LOL
Lupa nak bagi tahu, aku masuk HOSTEL tahun ni. Yess. H to the O to the S to the E to the L. H.O.T.E.L. Bhaha. Lawak je kan? InsyaAllah tak lama kot. Saja nak cari pengalaman aje. Hurm, sampai sini aje lah dulu. Ini entry aku yang terakhir buat tahun 2012. 2012 memang banyak tinggal kenagan buat aku :) Tak boleh share. Privacy :P Baiklah, aku mahu mengundur kan diri dahulu. Sakit bahu aku menaip *sambil goyang kepala* Nah, yang aku ni dah kenapa? Tetiba aje. Bhaha. Okay, bye. Assalamualaikum :D

Written by me at 9:54 PM | 0 Alien{s}