W H A T IS L O V E

ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW DASH

Apa-apa pon Boleh :)
Assalamualaikum reader and my stalker yang tak follow pon blog aku ni. *Sorry, jangan marah okay dengan ayat batak aku tuh. HAHA*

Actually aku takda pon tak cerita apa, saje aje tetiba terasa nak update blog aku yang dah agak berkarat. Kalau time malam-malam nak tidur tu ada aje idea nak update apa, tapi bila dah siang ... mood malas tu sampai dan ia bertangguh sampai malam balik. Dah kalau asyik ulang macam tu aje lupa dah la jawabnya. Macam tu lah aku. 

19 Disember 2012, hari ini result PMR batch '97 keluar. Teringat jugak aku punya keadaan bila nak keluar result PMR aku tahun lepas >.< Bagi yang nak tahu result aku dulu boleh baca aku punya entry lama ni. click  here. Aku time tu kat umah akak aku, so tak boleh lah amik kat sekolah. Mujur lah kerajaan sayang kami semua (ada lagi kawan2 aku yang tak balik umah jugak) dengan menyediakan perkhidmatan pakai sms. Maju dah sekarang ni. Haha. Malam tu pon aku tak senang duduk. *erkk? rasa macam biasa aje. HAHA* Tapi memang aku tidur lamabatlah malam tu. Apa-apa pon taniah lah bagi mereka yang berjaya tu. Yang tak berjaya pon jangan sedih okay? Ni baru permulaan. Pesanan aku, bergembiralah korang dengan A yang berjaya korang peroleh tu sebab kang dah naik Form4 kang, perhhhhhh. memang nazak lah nak dapat merasa A tu. Mana takye, kalau dah lulus tu pon dah agak bangga okay. Lagi-lagi dalam ADDMATH, CHEMISTRY, PHYSIC AND BIOLOGY. 

Bila nak exam tu, memang pulun gila-gila lah empat subject tuh. Dalam empat subject yang aku tak suka tu, physic lah yang paling paling paling aku benci sekali. Time belajar pon memang aku susah gila nak focus dalam kelas. Suka sangat menguap bila subject tu. Nota aku pon cincai aje, cikgu aku tu cakap "Itu nota awak. Awak yang nak baca. Jadi awak tulislah apa yang patut" Apa yang patut. okay, Apa yang patut. Bagi aku semuanya pon patut ditulis. Dah disebabkan rasa macam tu lah jadi aku terus malas nak menulis. Kadang-kadang tu aku merapu aje. Apa yang cikgu tu lukis, aku lukislah. Benda apa pon aku tak tahu. Kelas tambahannya pun aku malas nak pergi. Rasa macam letih aje. Moralnya, jangan jadi macam aku okay? Kahkah. Addmath aku suka time dalam kelas and dia punya latihan aje. Bila dah exam, memang aku lupa segalanya. Kalau exam memang tepu gila. Bila dapat kertas aje bukannya kalut nak buat, tapi merenyeh dulu. Pandang orang sekeliling sambil senyum-senyum kambing. Bajet nak cakap "Alah, senang gila." dalam hati " Aduh, mampus aku. Nak hentam apa pon aku tak tahu" Nampak aje cam ada nombor, tapi tak tahu pon nak buat apa. Soalan yang aku lepas buat pun satu dua aje. Kekadang separuh aje. In fact, bukan separug pon, aku salin balik aje soalannya. Haha. Biology and Chemistry aku boleh blah lah, setakat ni tak pernah Fail lagi and markah aku pon tak teruk mana. Last exam baru ni, Biology aku naik :) Sangat bangga. 
seronok tak terkata. First time okay aku dapat B dalam Biology, sebelum nie D aje xD Akhir tahun baru ni aku tak dapat semua paper pon. Just terus dapat result aje. Satu failed a.k.a E and satu D. Physic aku D , addmath aku fail. Double what?? Addmath aku failed? Terasa nak cakap ::

Memang tak kesah sangat. HAHAHA. Yang pass pon sorang aje. Hari tu aku dengan dia aje yang pass. Kali ni dia sorang aje. Okay Foine. kau nak sangat kan? Amikk lah. Masa PMR dulu bolehlah nak hentam mana yang tak tahu tu dengan nasib yang agak terbuka. Yelah, nak kena hitam2 kan aje lubang OMR tuh. Baling dadu pon okay. Tapi dah naik menengah tinggi ni memang taklah nak harapkan dadu tu bagai. Berapa sangatlah benda tu boleh bagi. Tapi still penting okay, kalau yang tu teruk pon tak boleh nak dapat A. Tapi yang paling menyumbang bab Essei lah. Kalau lubang yang tu, memang takda harapan lah. Nak pass pon susah okay. nak merepek kat kertas dua tanpa point sangatlah susah. kadang-kadang tu memang tak tahu pon nak tulis apa. Terasa nak menangis pon ada jugak time exam. Dah dapat result barulah menyesal bagai. tapi satu ajelah kalau nak senang, kena study okay. itu aje satu-satunya jalan yang ada. 

Sejarah yang time aku PMR tak pernah dapat A tuh ada tiga papers lah pulak. Memang saja aje nak seksa aku. Dah la paper 3 tuh berjela-jela nak kena tulis. Mahu tercabut tangan ni dibuatnya. kalau yang ada dalam buku tu memang aku copy bulat-bulat lah. Selagi tak rasa panjang memang tak berhenti. Dalam paper tu, awal-awal tulisan boleh dibaca . . . . . . bila dah last-last memang tulisan cam (*)(&*t^& Sakit hati aje nak tulis. Tapi biarlah, cikgu yang baca. HAHAHA. Memang takkan baca dah kertas tu lepas cikgu bagi balik. Muntah okay, muntah.

Baiklah, sama masanya aku mengundur diri. Dah tak tahu nak merepek apa *kunyah koko kunch duo* Btw, 2013 aku nak SPM :') Sangat excited dan takut. Excited? okay aku gila mungkin. Apa-apa pun wish me luck okay :) Doakan kejayaan aku dan kejayaan Batch '96 yang lain.
Kejayaan yang kita nak kecapi ni bukan aje untuk kita, tapi untuk parents kita jugak. Buat masa sekarang nie, dengan cara kejayaan yang kita peroleh inilah satu-satunya benda yang kita boleh buat bagi mereka berbangga dengan diri kita. Remember :: Never ever let them down okay? 
baiklah, aku chou dulu. sampai ketemu :) Assalamualaikum :) Follow me, and tinggalkan jejak okay.

Written by me at 5:03 PM | 0 Alien{s}