W H A T IS L O V E

ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW DASH

Pemakanan Seimbang
Assalamualaikum semua. Amcam cuti Raya Cina? Okay? Aku tak okay. Homework banyak and aku just stuck kat rumah tanpa pergi tempat-tempat yang menarik. Cuti aku amatlah membosankan. Walaupun dah 5 hari aku cuti tapi satu pon homework aku tak siap lagi. Sangat takde kesedaran walaupun tahun ni aku nak amik SPM dah. Sikap aku yang sangat susah nak dibuang. Mohon adalah seorang insan yang mahu cipta ubat untuk ubati penyakit aku ni. Bukan untuk aku aje, aku pasti mesti pun ramai macam aku. Muhewhewehew~

Aku rasa ni first entry untuk tahun ni kan? Hurm, aku ada rasa nak update tapi tak tahu nak update apa. ye lah, rasanya tak best pulak nak story pasal hari-hari aku sepanjang bulan satu and dua ni. bukannya menarik sangat pon. Biasa-biasa aje. Tapi still sweet bagi aku. HAHA.

Entry kali ni bagi aku amatlah aneh bagi aku. Fisrt time kot aku update benda macam ni. Sungguh perkara luar alam. Aku takde pon terfikir yang blog aku ni untuk share benda macam ni. In fact, aku nak sangat update blog itu pasal lah aku amik random topic. Kesah apa aku. This my blog. So, follow my rule.

Cakap pasal pemakanan seimbang ni, aku rasa rakyat Malaysia ni memang tak lari dari masalah ni. Tengoklah sekarang, dah ramai orang yang badan sihat-sihat belaka sampaikan nak bawak badan sendiri pon payah. Obesiti. Jangan cakaplah. Budak sekolah rendah pon dah ramai yang kena. Pasal ye suka sangat makan makanan ringan, fast food bagai. Macam lah tak tahu semua tu banyak kolestrol. Padah ye? kau lah yang tanggung. Cakap pasal badan sihat-sihat ni, berat badan aku naik 6kg. Seriously? Dalam masa sebulan berat aku naik sampai macam tu sekali? Tapi kawan-kawan aku sume tak percaya dengan penimbang kat sekolah tu. Jadi tak sure lah betul ke tak yang berat aku naik sampai 6kg. Tapi aku rasa betul dah tu.

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.

KARBOHIDRAT
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

PROTEIN
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

LEMAK

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.
Pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

GALIAN
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

VITAMIN
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

SERAT
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

kita kena lah amik makanan setiap hari berdasarkan pyramid makanan yang sokmo kita belajar dalam subjek PJK. Dalam science and Biology pon ada belajar jugak. Tapi tak ramai pon yang follow termasuk lah aku. Bhaha. Tapi aku akan beruha. Korang pon sama okay?

sumber air : Mr.Google.merapu

Okay. Rasanya sampai sini je lah entry kali ni. Harap dapat lah amik ikhtibar sikit daripada entry aku kali ni yang  pertama kalinya menyumbangkan kepentingan kepada manusia sejagat. HAHAHA. Jadi, elakkan daripada makan fast food, junk food bagai. Bukanlah maksud aku takboleh makan langsung. Tapi jarang-jarang lah. Kalau boleh elakkan terus lagi bagus. Kerajaan banyak mengenengahkan slogan Badan Sihat Otak Cerdas. Betul lah maksud slogan tu. Okay, sampai ke temu. Assalamualaikum, adiosss~

Written by me at 4:22 PM | 0 Alien{s}